Award
Ganjaran Yang Di Terima:-
Course Structure
Struktur Kursus DSM Saito College:-
Kerjasama Dengan PDRM
Program DSM Saito College mendapat kerjasama
dengan PDRM
Pengiktirafan MQA & JPA
Program DSM Saito College diiktiraf penuh oleh
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) &
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Diploma In Security Management (DSM)
Petikan Akhbar
Utusan Malaysia - 23/10/2011
120 anggota PDRM sertai kursus Diploma Pengurusan Keselamatan
KUALA LUMPUR 22 Okt. - Seramai 120 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan pengajian Diploma Pengurusan Keselamatan di Kolej Saito, di sini hari ini.Ketua Pegawai Operasi Kolej Saito, Datuk Kamaruddin Mohd. Ismail berkata, kesemua anggota berkenaan akan mengikuti pengajian itu selama dua tahun secara separuh masa.
"Maknanya, mereka akan datang kuliah pada hari Sabtu dan Ahad, manakala dari Isnin hingga Jumaat mereka akan bertugas sebagai anggota polis.
"Ini merupakan kumpulan ketiga anggota PDRM yang mengikuti pengajian ini," katanya ketika ditemui selepas menyaksikan proses pendaftaran anggota berkenaan hari ini.
Menurutnya, pengambilan kali ini dihadkan bagi membolehkan pihaknya menjaga kualiti graduan yang dihasilkan kolej berkenaan.
Jelasnya, pengajian peringkat diploma itu mampu meningkatkan tahap profesionalisme anggota berkenaan yang kebanyakannya berpangkat rendah.
"Diharapkan semua anggota yang terlibat dalam pengajian ini dapat mempraktikkan pengetahuan dalam tugas seharian," katanya.
Kamaruddin berkata, selain PDRM, agensi kerajaan lain yang menghantar anggota ke kolej berkenaan ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, dan beberapa lagi agensi penguat kuasa lain.
Katanya, sokongan yang diberikan PDRM mampu mengukuhkan lagi peranan Kolej Saito sebagai institusi pendidikan keselamatan pertama di negara ini.
Sementara itu, Konstabel Norhazwani Muhamad Rusli berkata, dia mengikuti pengajian itu bagi menambah ilmu dan bukan semata-mata mengejar pangkat.
"Belajar sambil bekerja memang sukar tapi inilah peluang tidak harus ditolak," katanya yang bertugas di Balai Polis Selayang.
Sementara itu Lans Koperal Randdy Francis Charles dari unit pengangkutan Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, peluang ini akan digunakan untuk meneroka ilmu baru dalam bidang keselamatan.
"Saya sedar ini bukan satu tugas mudah tetapi yakin akan berjaya walaupun terpaksa bekerja dan belajar serentak," katanya.
Utusan Malaysia - 15/03/2011
Tawaran Sarjan dapat kembangkan pengajian jurusan keselamatan
PETALING JAYA 14 Mac - Pengumuman Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam bahawa siswazah lulusan diploma berpeluang menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan pangkat Sarjan turut disambut baik oleh penggerak industri pendidikan.Langkah itu dilihat dapat memberikan peluang kepada lepasan diploma menyertai PDRM dengan skim perkhidmatan lebih baik berbanding mereka yang menyertai pasukan keselamatan itu menggunakan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengarah Pembangunan Perniagaan (Akademi Keselamatan) Kolej Saito, Datuk Kamaruddin Mohd. Ismail berkata, pihaknya bersedia membantu PDRM untuk melengkapkan pasukan keselamatan itu dengan pegawai yang berpengetahuan tinggi, termasuk dalam mengendalikan siasatan.
''Sebenarnya dengan diterima masuk kepada pangkat Sarjan, seseorang anggota itu akan menerima skim perkhidmatan yang agak tinggi.
''Ini suatu yang baik dan ini memperlihatkan laluan kerjaya yang baik kepada lulusan diploma untuk memasuki pasukan polis," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin, Ismail mengumumkan skim baru dalam PDRM iaitu akan menerima kemasukan lulusan diploma dengan ditawarkan pangkat Sarjan tidak lama lagi.
Melalui skim itu, mereka berpeluang menikmati kenaikan pangkat dalam tempoh lima tahun berbanding 10 hingga 15 tahun sebelum ini.
Kamaruddin yang juga bekas Ketua Polis Johor berkata, langkah PDRM itu dilihat dapat mengembangkan lagi bidang pengajian jurusan pengurusan keselamatan dan sekuriti yang kini masih di tahap agak rendah berbanding negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (AS).
''Pengumuman Ismail itu memang tepat dan kami berhasrat membantu usaha tersebut melalui bidang pengurusan keselamatan yang ditawarkan oleh Kolej Saito.
''Sebenarnya kami adalah institusi pengajian tinggi pertama menawarkan diploma dalam bidang keselamatan secara komprehensif, termasuk penyiasatan tempat kejadian jenayah (CSI), pengurusan krisis keselamatan dan sistem kehakiman jenayah," katanya.
Beliau yang juga bekas Pengurus Besar Kanan (Keselamatan dan Sekuriti) Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) berkata, setakat ini Kolej Saito mempunyai 80 penuntut daripada kalangan anggota polis yang mengambil Diploma Pengurusan Keselamatan.
''Kami merancang membuat pengambilan kira-kira 130 orang lagi dalam kalangan anggota polis tahun ini, selain membuka ruang pengambilan dalam kalangan anggota agensi-agensi penguat kuasa yang lain.
''Melalui pengajian komprehensif dalam bidang keselamatan, kami yakin ia dapat membantu pasukan polis memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan